Pengalaman Sebagai Penulis Sepenuh Masa
Hai gaissss….! Okey, pernahkah kamurang tertanya-tanya apa dibuat oleh penulis sepenuh masa macam sia ni... haha mula-mula sia mahu kungsi dulu kunun bila sia bermula sehingga apa dugaan sia hadapi sepanjang bergelar penulis sepenuh masa ni… okey..
Sia kasi sertakan soalan lazimlah ya bagi menjelaskan sedikit sebanyak kehidupan sia sebagai penulis sepenuh masa. Okey penulis sepenuh masa. Terus terfikir kamu adakah karier ni bagi pendapatan lumayan? Atau sebagainya yang bersifat negative punya tanggapan… jeng jeng.. pertama…
• Sejak bila jadi penulis sepenuh masa? Adakah ianya berbaloi?
Bagi sia, semenjak awal tahun 2019 sehingga 2020, sia sudah membuat keputusan menjadi penulis sepenuh masa. itu bermakna, sia mempunyai 100% komitmen dan kesungguhan untuk menulis dan menimba ilmu mengenai penulisan. Sooo, awal tahun 2019, sia tidak pernah terfikir untuk membuat sesuatu kerja lain selain menulis. Sia sememangnya tidak berapa taksub dengan membaca buku, tapi sia mesti lakukan kerana melalui membaca karya urang lain, sia buli belajar.
Adakah ianya berbaloi? Dilihat kepada sinar harapan tahun 2020 sehingga 2021 (Kini), sia dapat mengatakan menjadi penulis sepenuh masa adalah berbaloi dan menguntungkan. Sia dapat mendisiplinkan diri, dan sia terbuka fikiran mengetahui cara menulis dengan lebih baik. Itu bermaksud sia terapkan ilmu di dada dalam dunia penulisan ini agar menghasilkan karya yang memuaskan hati kerana sia juga masih belajar di usia muda ini.
• Pada tahun 2020, perjalanan sebagai penulis sepenuh masa melalui buku pertama, adakah hasil jualan begitu lumayan?
Dapat sia katakan, kerja sebagai penulis ini sangat susah. Seseorang yang menulis mesti menguasai tatabahasa dan penyusunan ayat yang mencerminkan gambarn imaginasi di akal dan hati, dalam mencurahkan emosi atau suatu impak besar kepada pembaca. Oleh itu, bulan September 2020, sia mendapat keajaiban. Hehe bukanlah keajaiban sangat, tapi bagi sia itu anugerah Tuhan yang sia anggap keajaiban, iaitu mendapat jalan terbaik menerbitkan buku pertama bertajuk “Peristiwa Sazlina Watie” hasil penulisan sia.
Melalui buku pertama, sia sudah mendapat lebih seribu ringgit Malaysia. Yaa, ianya tidaklah berapa lumayan tapi mampu memberi semangat sia untuk berkarya. Kejayaan sia dalam penulisan tidak buli diukir melalui mata wang, atau betapa laku sesuatu karya, tetapi komitment dan benih kasih atau nilai kemanusiaan yang kita mahu masukkan dalam setiap karya bagi tatapan jiwa seseorang yang seterusnya memberi impak kuat dalam hidup seseorang. Bagi sia, itulah kejayaan seorang penulis biarpun rezeki dari hasil jualan tidaklah mengalir seperti air. Kesabaran dan disiplin itu penting bagi seorang penulis berjaya dalam dunia penulisan.
• Ceritakan pengalaman sebagai penulis sepenuh masa.
Sejak tahun 2019 sia menjadi penulis sepenuh masa sehingga December 2020, iaitu sia mendapat kerja di sebuah restoran. Semasa bekerja di restoran itu, sia tidak pernah terpisah dari penulisan. Selagi ada masa terluang, sia menulis di telefon, kerana hadirnya aplikasi penulis buli gunakan. Lalu, sia ingatkan diri sia, gaji pertama akan digunakan untuk membiayai kos penerbitan buku.
Sehingga tahun 2021 bulan Januari sia berhenti dari kerja, lalu menjadi penulis sepenuh masa lagi, bermula akhir bulan Januari. Di sini, sia ingin tekankan rutin sia setiap pagi adalah menulis puisi atau cerpen. Manakala sebelah petang dan malam, sia akan meneruskan novel yang memerlukan sia luangkan masa lama bagi menjiwai setiap keadaan plot, termasuk karakter itu sendiri.
Sehingga kini (Mac 2021), sia menjadi penulis sepenuh masa, dan dapat sia katakan, menjual buku tidaklah semudah itu. Pendapatan hasil jualan dapat dianggarkan lebih 300 ringgit sebulan, dan sia mulai mengumpul duit untuk kos buku masa hadapan. Sia juga dapat belajar berdikari dan memanfaatkan masa 24 jam untuk menulis dengan lebih baik. Moto sia buli jadi,” Lebih baik menulis dari bergosip, atau buat kerja haram dan merugikan diri.”
Haha.
Okey memang itu moto sia sebagai penulis. Hehehe.
Dapat sia katakan sejak September 2021, sehingga kini (Mac 2021), sia sudah dapat lebih dua ribu ringgit Malaysia! Fuhhhh! Sudah sia kira, dan semuanya menguntungkan buat penulis muda macam sia. at least, sia buli belajar dari kesilapan dan memperbaikinya untuk kebaikan masa hadapan.
• Jadi adakah penulis lain patut mencontohi sikap sia?
Tidak jugalah sia suruh mencontohi sikap sia dalam menjadi penulis sepenuh masa. itu melibatkan kesanggupan untuk bijak menggunakan duit hasil jualan buku, dan menerokai alam penulisan bagi memperkasakan diri. Bagi sia, kesabaran, disiplin, dan letakkan rasa kesyukuran setiap hari adalah nilai yang patut diterapkan bagi seorang penulis. Sia kemungkinan bukanlah terbaik, tapi sia tahu diri sia macamana dan sia tahu apa sia mahukan dalam hidup, serta teruskan melangkah dalam memartabatkan diri dalam dunia penulisan.
• Melalui buku terbitan dua pihak penerbit, apakah yang dapat dipelajari dan terapkan dalam kehidupan seharian?
Bagi sia, melalui terbitan Iris Publishing and Distributor, dan juga, Narangkai Publication, sia dapat belajar mengenai cara-cara buku diterbitkan dan membuat perbandingan manakah penerbit yang lebih sesuai bekerjasama dengan sia sendiri. Kedua-dua penerbit ini sungguh penting bagi sia, dan sia terhutang budi dengan mereka. Sia berharap dapat menerokai dunia penulisan dalam mengetahui hadirnya penerbit lain yang buli membantu dan membimbing sia dalam menerbitkan buku di masa hadpaan.
Terakhir sekali, apa yang sia dapat terapkan melalui jasa atau perkhidmatan daripada penerbit yang membantu sia adalah teruskan melangkah biarpun terdapat kesilapan atau kekurangan sesama insan yang terlibat. Buku terbitan penerbit ini menjadi semangat sia dalam meneruskan usaha dan percaya, bakat buli diasah melalui tindakan seharian yang consistent tanpa kenal erti penat!
• Apakah harapan untuk masa hadapan sebagai penulis sepenuh masa?
Harapan sia adalah semoga sia dapat membina istana karya yang lebih baik dan menjadi contoh cemerlang kepada anak-anak, keluarga, kawan dan saudara lain. Dari sini, sia ingin menerangkan betapa sia mahu mendapat benih kejayaan dalam akar pokok penulisan, dan syukur dapat sia luahkan, sia ingin dicalonkan sebagai penerima anugerah bagi acara gemilang semua karyawan tidak kira bangsa atau agama. Memang inilah impian sia dan harapan sia.
Oleh itu, sekian luahan hati dan jiwa daripada sia. Semoga perkongsian ini dimanfaatkan untuk sesiapa yang ingin menjadikan penulisan sebagai karier utama, dan kenali nilai-nilai dari penulisan yang sihat dan memajukan diri. Adakah kamu seorang penulis atau pembaca atau insan yang tertanya-tanya mengenai diri sia yang merupakan seorang penulis muda? Berikan pendapat kamu di ruangan komen! Terima kasih!ππππππ
Ulasan
Catat Ulasan