Buku-buku Saya Keluaran December 2020

Haiiiiii gaissss! Saya akan menceritakan setiap buku saya yang diterbitkan December 2020 yang seterusnya menambah pengalaman baru dalam hidup saya.
Buku Bidadari Perisik dikeluarkan pada bulan December 2020 oleh Narangkai Publication, ditulis oleh saya sendiri, Fiona Florisca Jominis.
 
Buku ini mengandungi 156 muka surat. Ianya mengisahkan seorang perisik atau penyiasat bernama Esmerelda dalam memperlihatkan kehebatannya dalam dunia penyiasatan terhadap jenayah berlaku di sekeliling. Pada suatu hari, dia menemui ajal sehingga diberikan masa sebulan untuk hidup dalam misi menyelesaikan misi Maria Hermosa, kes Dora Allen dan kes Annabella. 
Esmerelda mempamerkan teknik teori dan firasat yang kuat dalam menyelesaikan suatu masa rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh penyiasat lain. beberapa kali dia menerima bahaya, namun hasil kekuatannya, dia menerima kehidupan dengan peluang yang diberi.
Buku ini, dibuat oleh saya semasa bulan November sehingga December, mengambil masa hampir sebulan lebih, dan dicetak sebanyak 20 buah buku.
Saya membuat novel bergenre misteri dan penyiasatan ini kerana dinspirasi daripada cerita Sherlock Holmes dan Detective Conan oleh Sir Arthur Conan Doyle. Saya berharap buku ini dapat mempamerkan dunia penyiasatan yang mempunyai kepelbagaian teknik dan cabaran datang tanpa memberhentikan usaha seseorang penyiasat atau perisik.
Seterusnya, buku Poems of Floweris and Evylinda with Her Sixth Sense, keluaran December 2020, terbitan Narangkai Publication, ditulis oleh saya sendiri, Fiona Florisca Jominis.
 
Buku ini mengandungi 141 muka surat. Ianya mengisahkan diri saya sendiri bersama kawan baik semasa belajar di Kolej Matrikulasi Labuan, dan Universiti Malaysia Sabah. Buku ini menceritakan kisah cinta yang dialami semasa belajar, bertemu kawan baru, dan bagi kawan baik saya pula, Evylinda Ramanus, menghadapi pengalaman dikacau makhluk halus keran mempunyai kebolehan merasa roh di sekeliling.
Ianya mengambarkan pengalaman kami berdua semasa umur masih muda dan menunjukkan persahabatan yang tidak pernah putus dengan pelbagai pengalaman.
Pengalaman semasa umur masih muda itu membuatkan kami melihat dunia dengan fikiran terbuka, dan menerima kenyataan bahawa kami sesuatu yang istimewa. Ianya juga menjadi contoh bagi orang muda yang masih berada dalam dilema cinta atau mendapat kebolehan yang membuatkan hidup kita serba tidak kena. Samada ingin menerima atau mengeluh mengenai pengalaman itu, saya sertakan perasaan pasrah dan tabah dalam watak kami di dalam buku ini.
Buku ketiga yang diterbitkan pula ialah Cahaya Cinta Mariposa, terbitan Narangkai Publication, ditulis saya sendiri, Fiona Florisca Jominis.
 
Buku ini mempunyai 181 muka surat. Ianya mengisahkan Mariposa yang berumur 30-an, baru sahaja keluar dari penjara kerana dituduh membunuh bekas teman lelakinya Kaneet, 10 tahun lalu. Selepas dia keluar, dia menempuhi banyak cabaran sebagai bekas banduan, sehingga menemui George yang bakal mengubah hidupnya. George mengalami dugaan untuk menyatakan identitinya, serta mengalami himpitan dilema daripada kawalan ibu tirinya, Mariam. Mariposa masih menutupi pintu hatinya bagi cinta George itu. 
Saya selitkan ciri-ciri wanita berdikari yang baru sahaja bebas dari tuduhan pembunuhan. Dia mengalami kesukaran bekerja dan akhirnya seorang lelaki datang dalam hidupnya. Biarpun trauma datang, lelaki itu saya curahkan jenis lelaki yang memahami keadaan, dan berazam mencintai seseorang tanpa rahsia lagi.
Melalui ketiga-tiga buku ini, saya dapat menghayati watak yang saya ciptakan sendiri, dalam menghitung dugaan dalam hidup saya sendiri, dan bersyukur apa adanya, seperti watak yang diciptaka bersyukur dengan kehidupan mereka sendiri selepas dilanda pelbagai gelora masalah dalam hidup.
Harapan saya dalam menghasilkan buku ini semoga menetapi cita rasa pembaca, dan membuatkan mereka merenung nasib watak itu sendiri agar mereka dapat pengajaran dan nilai murni dalam setiap cerita itu.
Dengan terbitan buku ini, saya tekad ingin membuat lagi buku-buku seterusnya yang mempamerkan imaginasi dan nilai yang saya ingin sampaikan, dan semoga emndapat tempat di hati pembaca.
Terima kasih sudi membaca perkongsian saya, semoga anda dilimpahi rahmat berganda dalam hidup!

Buku-buku ini berharga rm28 sebuah tanpa ditambah kos penghantaran. Bagi Sabah, kos penghantaran rm5-rm6 akan ditambah. Manakala, bagi penghantaran ke Sarawak dan Semenanjung, rm10 akan ditambah.

Boleh direct pm saya jika berminat : 01126843395 (Fiona)

www.wasap.my/601126843395

Ulasan

  1. Hii admin, can i ask ?
    Does it cost too much when you published your book in Narangkai publication ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Sebagai Penulis Sepenuh Masa

Pengalaman Saya Dalam Membuat Novel Pertama