Buat Novel Dalam Masa 7 Hari?
Mahu buat novel dalam masa 7 hari? Bagaimana caranya?🤔 Okey, pertama sekali saya ingin tegaskan, saya seorang penulis sepenuh masa, bererti “pejabat” saya adalah studio menulis di bilik hahahha! Penuh buku, kertas, pen dan laptop semestinya. Syukur saya dapat katakan, mengikut passion adalah sesuatu berbaloi bagi saya setakat ini. Baiklah, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman tidaklah hebat ini, dan karier saya ini yang pada mulanya tahun 2018, memulakan menulis novel, tetapi mengambil masa setahun barulah siap. Ketika itu saya masih belum tahu apa-apa mengenai teknik terbaik. Ingat, untuk memastikan teknik penulisan, mencuba dan menemui kegagalan serta buat eksperimen adalah penting bagi mencari identiti dan mencari cara terbaik dan sesuai untuk setiap penulis tidak kira menulis novel, puisi, cerpen, atau skrip. Apa yang saya dapatkan, sejak tahun 2020, saya mulai berjaya menulis novel yang mempunyai 15 atau 20 bab, selama seminggu. Okey, bagaimana saya dapat lakukan...