Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Buku-buku Saya Keluaran December 2020

Imej
Haiiiiii gaissss! Saya akan menceritakan setiap buku saya yang diterbitkan December 2020 yang seterusnya menambah pengalaman baru dalam hidup saya. Buku Bidadari Perisik dikeluarkan pada bulan December 2020 oleh Narangkai Publication, ditulis oleh saya sendiri, Fiona Florisca Jominis.   Buku ini mengandungi 156 muka surat. Ianya mengisahkan seorang perisik atau penyiasat bernama Esmerelda dalam memperlihatkan kehebatannya dalam dunia penyiasatan terhadap jenayah berlaku di sekeliling. Pada suatu hari, dia menemui ajal sehingga diberikan masa sebulan untuk hidup dalam misi menyelesaikan misi Maria Hermosa, kes Dora Allen dan kes Annabella.  Esmerelda mempamerkan teknik teori dan firasat yang kuat dalam menyelesaikan suatu masa rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh penyiasat lain. beberapa kali dia menerima bahaya, namun hasil kekuatannya, dia menerima kehidupan dengan peluang yang diberi. Buku ini, dibuat oleh saya semasa bulan November sehingga Decem...

Cara Menulis Novel

Imej
Menulis bagi saya, merupakan terapi minda dan mengasah diri dalam menguasai penggunaan ayat untuk mengungkapkan sesuatu. Ianya merupakan karier saya yang saya cintai sejak sekolah menengah lagi. Okey, anda ingin menulis? Mulakan dengan hati membara dan semangat. Katakan hari ini, “Saya akan menulis!” Ambil kertas, pen dan letakkan di meja, bersedia untuk menulis. Mula-mula sekali, anda perlukan idea. Idea boleh muncul dari mana-mana, ianya universal. Gunakan pengalaman hidup untuk dijadikan idea yang kemungkinan tidak jelas atau sukar diungkapkan. Sabar, idea mesti ditulis secara poin atau suatu karangan panjang. Tulis semua apa yang difikirkan, sehingga anda menemui suatu lakaran idea yang mewakili perjalanan cerita. Bagi novel, anda boleh memulakan karangan atau poin dalam masa beberapa minggu. Bagi saya pula, saya akan mulai meletakkan plot cerita novel dalam masa beberapa hari ke beberapa minggu sekiranya novel itu hendak melebihi 20 ribu patah perkataan. Ia...