Fantasi Boleh Menjadi Terapi Jiwa!
Helo gaisssss! Ahad yang hampir mahu gelap hehe, telah mencetuskan ruang kreativiti tiba-tiba, aiseee... lebih kepada membawa saya ke dunia penulisan yang bersifat jujur dan romantis, disertai visi misi yang bertunas setiap hari, cingggg. Topik saya hari ini.. jeng jeng jeng... ‘Fantasi boleh menjadi terapi jiwa’. Ada sebab kenapa saya bawa topik begini. Salah satunya, saya memang sukakan hal-hal fantasi dalam dunia realiti ini, sejak kecil lagi. Imaginasi seorang budak boleh membawa banyak hal kreatif dalam hidup. Tetapi semakin dewasa, ianya besar makna bagi saya untul kekal berimaginasi seperti zaman kanak-kanak dulu, ditambah lagi, saya memilih menjadi penulis buku. Seperti konten blog saya sebelum ini.. saya mengalami depresi teruk. Menulis bantu saya cari arah tujuan kembali, terutama mencintai apa adanya kekurangan dan kelebihan diri saya. Dari detik saya memahami minat dan tidak limitkan imaginasi saya.. saya telah berjaya menulis ‘Peristiwa Sazlina Watie’(Ini ...