Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

Sajak Menggapai Langit

Imej
Sajak ini mengisahkan saya dan kehidupan berimpian yang hendak dicapai. Saya merasakan impian itu sering membuat saya semangat di awal pagi, bersama benih-benih kasih yang wujud dalam kehidupan. Enjoyy~~ Mengapai Langit Engkau melangkah lebih jauh mengapai langit, Pada bintang-bintang engkau mengharap semoga doa dimakbulkan, Seiring nafas barumu setiap pagi menerima berkatNya, Setulus hatimu menyimpan pelbagai nilai hati yang didambakan dia, Kerana dia merupakan buah hatimu yang menyerikan harimu, Bersama impian yang engkau ingin gapai sebelum cinta itu hadir, Sebelum semuanya disatukan oleh cinta berkata lembut di hati, Menjadi ketenangan pada hati yang gundah, Kerana engkau ingin segalanya teguh bersama impian di dada, Bekerja keras memusuhi masa yang laju berdetik, Menguatkan semangat di saat semuanya kelihatan menjauh daripadamu, Kerana cinta itu mengubah engkau, Menghidupkan segala butir kata hati yang mengusik jiwa, Menjadikan cinta dan impian menyempurnakan hidup eng...

Sajak Cintai Diri Sendiri

Imej
Hai guysss!  Sajak Cintai diri sendiri merupakan sajak mengenai diri saya dalam mencari erti cinta yang akhirnya buatkan saya mencari diri sendiri. Tentu banyak dari kamu dapat mengaitkan diri dengan sajak ini.  Enjoy!!  Menyenangkan hatiku dengan kata pujian, Kerana aku masih buta melihat dunia, Masih berusaha mencapai sesuatu yang terbaik, Nilai hidup mengalir di dalam prinsipku, Membetulkan aku ketika kesilapan hadir,  Aku menjadi perwira, Melawan sebarang godaan luar termasuk cinta bertepuk sebelah tangan, Begitu banyak mencurah masuk ke sanubari, Menatap diriku yang lemah, Sehingga aku mengambil jalan untuk melepaskan diri, Biarkan segala dugaan membuka gigi tajamnya, Lalu aku terasa dipulihkan selepas menemui diriku yang tersesat, Melalui ambang cintai diri sendiri. -fiona fj- Tq! Anda ada curahan hati sajak? Share di komen! 😘😘😘

Sajak Maafkan

Imej
Sajak Maafkan ini saya tulis untuk seseorang yang pernah saya jatuh cinta.  Feel it ❤️ Maafkan diriku yang tidak dapat melupakanmu, Maafkan seandainya cinta itu masih bersinar, Maafkan aku kerana sering menganggumu di saat tenang, Maafkan aku yang menjiwai cinta tidak dihargai ini, Maafkan aku yang menyelitkan diri di senarai orang yang engkau jauhi, Maafkan aku kerana sering berlagu sedih, Maafkan aku yang masih menjaga cinta ini sebaiknya, Maafkan aku yang melawan takdir menikmati cinta tidak seberapa ini, Maafkan aku yang sentiasa meletakkan engkau di hatiku yang terluka, Maafkan aku sekiranya aku membuat engkau janggal, Maafkan aku kerana masih berjuang untuk hatimu yang tertutup, Maafkan aku kerana tidak dapat melepaskan perasaan yang kuat ini, Maafkan aku kerana masih menjaga cebisan hati patah untuk cinta melukakanmu, Maafkan aku kerana masih berdiri, bersama cinta yang melahirkan taman di hatiku. Maafkan aku, wahai buah hatiku. Anda ada sajak sebagai curaha...

Buku Pertama : Peristiwa Sazlina Watie

Imej
Hai guysss! Akhirnya buku pertama saya keluar pada bulan September ni! So thankful about it! Mahu cerita banyak tentang buku saya ini! Stay tune .  Peristiwa Sazlina Watie Muka surat - 167 Penerbit - Iris Publishing and Distributor Tema - Pengembaraan Genre - Fiksyen  Buku ini mengisahkan tentang Sazlina Watie  yang merupakan seorang ahli sihir muda di Wonderland, dan dia ingin membantu orang kampung. Dia membuat jampi Living Magic dan memberikannya kepada orang kampung namun menempuhi pelbagai cabaran terutama daripada komuniti ahli sihir. Dapatkah dia membantu orang kampung? Bagaimana dengan penerimaan komuniti ahli sihir yang tidak sukakan manusia? Ikuti pengembaraan Sazlina. Pada permulaan cerita, Sazlina dihalau dari Wonderland dan mulai menjelajah ke beberapa daerah dan negeri bersendirian, sehingga satu-persatu kawannya serta keluarganya datang menyertai misi dia dalam membantu manusia. Pada tengah cerita, Douglas, dan komuniti ahli sihir Wonderland, ...

Sajak Aku Kecundang

Imej
Sajak Aku Kecundang merupakan sajak yang berkisarkan diri saya yang dipenuhi dilema hidup dan bagaimana cinta itu menimpaku. Semoga sajak ini mengaitkan diri kita sebagai manusia biasa dalam menempuhi segala cabaran dalam hidup.  Enjoy it !  Aku kecundang, Dengan pelbagai ragam manusia, Memilih hati yang kian tenggelam, Tenggelam kerana dihuni butir-butir masalah duniawi, Kerana aku tidak kuat menghadapinya, Sinar cinta memudarkan wajah riangku, Aku terjatuh dan fikiranku berserabut, Menyaksikan dilema bertukar wajah menjadi rahmat, Ianya perlu masa untuk berkembang, Berkembang mekar bak bunga di awal pagi, Masa berdetik menyempurnakan perjalananku, Aku yang diragut jiwa murni, Terdampar di pantai hidup, Sering bertanyakan kepada Tuhan, Inikah takdirku? Aku mulai hairan dengan hati yang cekal ini, Kerana kecekalannya memberi aku pengajaran besar, Dalam mengenali dunia yang kencang ributnya, Bersama harta bernilai disebut kasih sayang keluarga, Membahas cinta yang d...

Sajak Ambang Cinta

Imej
Sajak ini mengisahkan tentang bagaimana cinta itu mengajar saya erti ketenangan melalui seorang lelaki yang saya suka diam-diam selama beberapa tahun. Crush saya itu mengajar saya cinta mendamaikan dan cinta itu begitu indah dialami. Enjoy it ! ✌️✌️πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜πŸ˜ Air doa mengalir deras, Bersama pedoman hati mencari inspirasi, Dan engkau adalah inspirasi itu, Seorang lelaki yang budiman tidak cekap mencuri hati, Namun cukup membuat aku tenang, Bersama suara lembutmu bak lagu sedih, Mengisi harimu dengan lirik mengusik hati,  Serta-merta mengusik hatiku yang kian gelap dikacau duniawi, Kerana aku dihujani dilema untuk buta melihat cinta, Aku mengandaikan cinta itu dugaan terbaru di dalam hidup, Menelan pelbagai kepahitan sehingga cinta perlu disatukan, Disatukan oleh dua hati,  Namun engkau menutup hatimu itu, Dikunci dengan memori lama, Seeratnya tidak membuka untuk menerima cinta, Engkau menutup peluang itu daripadaku, Sehingga aku pasrah, Merayu dan berkata manis, Meninggalkan aku...

Sajak Aku Menulis

Imej
Hai guysss! Saya selitkan sajak ini buat diriku dan seseorang yang suka menulisπŸ˜‰ enjoy it! Harap curahan hati ini dapat membentuk suatu ingatan betapa penulisan itu penting bagi seseorang✌️πŸ™ƒ Aku menulis untuk menaruh perasaan gundah ke dalam kertas, Aku menulis bersama cinta bernilai tinggi untuk dihilangkan dari hati, Aku menulis bagi memeriahkan hatiku ini dengan pelbagai alunan cinta, Aku menulis dengan harapan menjiwai seni yang terpapar di benakku, Aku menulis bagi memberi harapan kepada orang lain, Aku menulis agar hati ini disembuhkan dari luka dalam, Aku menulis agar dia tahu diriku sungguh berharga, Aku menulis agar dunia tahu perasaan hatiku yang menyimpan seribu tanda tanya, Aku menulis agar persoalan di benak terjawab dan ditemani kelegaan, Aku menulis supaya orang lain gembira dengan khabar baik di dalam ceritaku, Aku menulis agar dikuatkan semangat dalam menempuh dunia ini. Boleh komen d bawah utk tip buat sajak lebih baik✌️😘