Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Cabaran Menjadi Penulis Novel

Imej
Menjadi penulis sesuatu yang sukar, bagai belajar bermain instrument dan membuat kesilapan banyak kali untuk memainkan setiap not. Penulis juga begitu. Penulis baru akan mengalami masalah seperti adakah karya saya bernilai di mata penerbit?Adakah cerita saya ini akan diterima baik oleh pembaca? Selain itu, penulis mempunyai masalah menyeimbangkan masa menulis dengan tanggungjawab lain. Di sini saya ceritakan masalah dan cara mengatasinya bagi seorang penulis: 1) Masa terluang: Masa harus digunakan sebaiknya untuk menulis. Itu tidak mengira berapa lama masa diperlukan, kerana hal yang penting ialah matlamat dicapai setiap hari. Jika hendak menulis 1000 patah perkataan dalam setiap bab seperti yang dilakukan saya. Kemudian, saya mengambil masa sejam untuk membuat satu bab. Jika satu bab untuk setiap hari, penulis akan dapat membuat 30 atau 31 bab bagi sebuah novel dalam masa sebulan.  2) Idea di fikiran: Sebagai penulis, idea-idea di fikiran perlu dikeluarkan dan dicatat ...